AKTIVITI TERKINI !!!!!!

SALAM MAAL HIJRAH 1439 HIJRAH LATIHAN INTENSIF BOLA SEPAK 2017/18 TAHNIAH KEPADA CALON UPSR 2017 SELAMAT BELAJAR & SEMOGA BERJAYA KEPADA CALON UPSR 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

Pendaftaran Ibu Bapa Dan Guru

Ahli Jawatankuasa PIBG 2009/2010

Para Ibu Bapa Dan Guru Yang Hadir

Mesyuarat Agung PIBG Sedang Berlangsung

Maklum Balas Dari Para Tetamu

Ahli Jawatankuasa PIBG 2010/2011

Ketibaan Datuk Dr. Adham Bin Baba (ADUN Pasir Raja)

Datuk Menurunkan Tandatangan Pada Buku Pelawat

Sarapan Pagi Bersama Datuk

Datuk Beramah Mesra Dengan Pemain Kompang

Menuju Ke Dewan Seri Gemilang

Para Tetamu Yang Hadir

Persembahan Dikir Barat

Persembahan Nasyid

Ucapan Aluan YDP PIBG, En. Zamri Bin Zakaria

Ucapan Tuan Guru Besar, En. Mohd Tahir Bin Sharif

Ucapan Perasmian Penutup Oleh Datuk Dr. Adham Bin Baba

Datuk Bersemangat Memberikan Ucapan Kepada Tetamu Yang Hadir

Gambar Kenangan Bersama Datuk
SK TAMAN KOTA JAYA 6 MAC - Mesyuarat Agung PIBG Ke-8 berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Seri Gemilang, SK Taman Kota Jaya. Perasmian penutup dirasmi oleh Datuk Dr. Adham Bin Baba (ADUN Pasir Raja). Terima kasih kepada semua ibubapa dan guru yang hadir ke mesyuarat ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Datuk Dr. Adham kerana sudi hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Ke-8.

PERASMIAN MINGGU ANTIDADAH 2010

Semua Murid Hadir Menyaksikan Perasmian

Ucapan Aluan Oleh Tuan Guru Besar, En. Mohd Tahir Bin Sharif

Ucapan Perasmian Oleh Tn. Hj. Busari Bin Kasmuni
Ketua AADK Kota Tinggi

Gimik Perasmian Paluan Gong.....

Panyampaian Sajak

Persembahan Dikir Barat

SK TAMAN KOTA JAYA 1 MAC - Minggu Antidadah SK Taman Kota Jaya telah berlangsung dari 1 Mac hingga 8 Mac 2010. Pelbagai aktiviti diadakan untuk murid sekolah antaranya pertandingan mewarna, sajak dan lain-lain lagi.

JASAMU DIKENANG


Sekalung Tahniah kepada En. Zainurin Bin Sabtu kerana telah dilantik menjadi Guru Besar di SK Air Tawar 1, Kota Tinggi. Terima Kasih di atas jasa tuan kepada SK Taman Kota Jaya. JASAMU DIKENANG, SELAMAT BERTUGAS DITEMPAT BARU.

KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 MSSDKT 2010

SK MAWAI 23 FEBRUARI - Tahniah buat pasukan bola sepak SKTKJ kerana merangkul pingat perak dalam Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Kota Tinggi. Pasukan SKTKJ layak ke perlawanan akhir menentang Pasukan SK Sedili Besar. Nasib tidak menyebelahi Pasukan SKTKJ kerana tewas 3-0 dalam perlawanan tersebut.

KEJOHANAN CATUR B12 MSSDKT 2010

SMK TUN HABAB 12 FEBRUARI - Tahniah kepada Pasukan Catur SKTKJ kerana telah menjadi johan keseluruhan lelaki b12 dan naib johan keseluruhan perempuan b12 dalam Kejohanan Catur MSSD Kota Tinggi. Tahniah juga buat adik Mohamad Firas Asyraaf kerana mendapat tempat ke-2 individu b12 lelaki manakala adik Anis Aqilah Bt. Jafridin mendapat tempat ke-6 individu b12 perempuan. TAHNIAH BUAT SEMUA YANG TERLIBAT.