AKTIVITI TERKINI !!!!!!

SALAM MAAL HIJRAH 1439 HIJRAH LATIHAN INTENSIF BOLA SEPAK 2017/18 TAHNIAH KEPADA CALON UPSR 2017 SELAMAT BELAJAR & SEMOGA BERJAYA KEPADA CALON UPSR 2018

600 Murid SK Taman Kota Jaya Sertai Pertandingan Mewarna 1Malaysia - 31 OKT 2009



KOTA TINGGI 31 OKT - Kira-kira 600 murid Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya, Taman Kota Jaya, di sini menunjukkan kreativiti dan bakat dalam Pertandingan Warna-warna 1Malaysia anjuran akhbar Utusan Malaysia semalam.

Murid prasekolah sehingga tahun enam itu mengambil masa kira-kira satu setengah jam untuk menyiapkan hasil lukisan masing-masing dalam pertandingan tersebut.

Mereka dibahagikan kepada tiga kategori iaitu PraSekolah, Tahap Satu untuk Tahun 1 hingga 3 dan Tahap Dua untuk Tahun 4 hingga 6.

Andy Siew,12, muncul juara bagi Tahap Dua, manakala Mohd Redzuan Razali, 9, menjuarai Tahap Satu. Mohd Aaron Hakimy Mohd Nizam, 6, pula memenangi kategori PraSekolah.

Antara hadiah menarik yang disediakan dalam pertandingan itu adalah basikal, kereta kawalan jauh, beg sekolah dan hamper.

Setiap perserta menerima sumbangan produk daripada Zara Food Industries Sdn. Bhd. dan tajaan akhbar serta majalah keluaran Utusan Melayu (M) Bhd.

Turut hadir pada majlis itu Penolong Pengurus Pemasaran Wilayah Selatan, Tengku Izaham Tengku Adnan.

Menurut Tengku Izaham, pertandingan itu akan diteruskan di sekolah-sekolah terpilih di negeri ini sepanjang November ini.

Sementara itu, Guru Besar sekolah itu, Mohd Tahir Sharif berkata, pertandingan itu membantu meningkatkan penghayatan murid-murid tentang konsep 1Malaysia menerusi cara yang kreatif.

Sumber Utusan Malayisa 2 November 2009

No comments:

Post a Comment