SK TAMAN KOTA JAYA 28 JANUARI - Seperti tahun-tahun sebelumnya Panitia Pendidikan Islam mengadakan Solat Hajat bagi murid tahun 6. Program ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pada 21 Januari dan 28 Januari. Pada sesi pertama melibatkan murid tahun 6 bestari, cemerlang dan gemilang, manakala sesi kedua melibatkan murid tahun 6 bijak, cerdik dan pintar. Selain itu ibubapa juga turut menyertai program ini. Program ini dimulakan dengan solat marghib, seterusnya bacaan yasin, solat hajat dan solat isyak. Program ini diterajui oleh Ustaz Shariful Anam Bin Arshad.
AKTIVITI TERKINI !!!!!!
MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2010
Pemimpin Muda Perempuan
Pegawai Laksana KD Sultan Ismail
SK TAMAN KOTA JAYA 27 JANUARI - Seramai 80 Pengawas, 61 Pengawas Pusat Sumber, 64 Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dilantik bagi sesi persekolahan 2010. Murid yang dilantik diraikan dalam satu Majlis Pelantikan Pemimpin Muda yang disempurnakan oleh Komandan Muhammad Nur Gagarin Bin Haji Zainal, Pegawai Laksana KD Sultan Ismail. Beliau juga merupakan saksi pelantikan pemimpin muda SK Taman Kota Jaya.
PROGRAM BAI'AH 2010
SK TAMAN KOTA JAYA 17 JANUARI - Seramai 197 murid tahun 6 terlibat dengan Program Bai'ah (Aku Janji) 2010. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Taman Kota Jaya. Antara aktiviti-aktiviti dalam program ini ialah slot motivasi bersama Dr.Haji Mohd Ismail Bin Mustari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM Skudai. Ibubapa yang hadir dapat memeriahkan lagi program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)